Friday, September 4, 2009

baby registration guide 4 JPN.. need 2 b prepared..

courtesy from http://www.jpn.gov.my/2_2_1_daftar_lahir.php

Apakah syarat untuk saya mendaftar kelahiran biasa?

Anda perlu mendaftar kelahiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui kelahiran tersebut.

Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk mendaftar kelahiran (daftar biasa kelahiran )?

Anda dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen sokongan (asal dan salinan) iaitu:

  1. Borang A dan;

    Dokumen sokongan seperti berikut:

  2. Kad Pengenalan Ibubapa atau pemaklum

  3. Dokumen bukti kelahiran seperti kad pranatal, surat akuan doktor/bidan.

  4. Sijil Perkahwinan/Surat Nikah ibubapa

  5. Pasport/Dokumen perjalanan atau lain-lain pengenalan diri (jika tiada KP/KPT)

Berapakah bayaran yang perlu dilakukan?

Bayaran permohonan adalah percuma.

No comments:

Post a Comment